Drop your link here!!

Monday, December 20, 2010

lagi lagi bas eksiden



IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.
Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.
Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Katanya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

berita di kopipes dari berita harian online....
sekarang dah macam musim bas eksiden pulak kan...
tadi terbaca berita ni...ya Allah seriau je rasa...
semalam baru je hantar adik saya naik bas nak balik ke pahang...
rasa macam takot pulak nak naik bas lepas ni....
ramai betol mangsa eksiden kali ni....
hurm taktau nak cakap apa...
dah tertulis ajal diorang macam tu....
mintak mintak kita dijauhkan la dari perkara perkara macam ni.....

p/s : terkini mangsa eksiden dah jadi 27 orang....




4 comments:

NARDtheNERD said...

kesiann kesiann.
mintak mintak dijauhkan juga..

:))

fArAh!! said...

sian nya la..
sebb bende nia la farah takut naik bas..
tapi kalo dah ajal...
nak buat macam mne

Shira Shafrida said...

jemputlah baca entri baru,
MESTI Baca: Hakikat Undang-undang Syariah Malaysia di shirashafrida.blogspot.com

♥e'in♥ said...

cian an.. ramai nyawa t'korban..